December 17, 2012

Hijab is sexy

Tajuk? Amboi. Probably benda yang aku bakal tulis mungkin disalah erti dan tak sesuai untuk dibaca bagi mereka yang bawah umur. Haha. Ada satu cerita berkenaan dengan gadis gadis yang bertudung menuntut di New Zealand (samada dengar atau aku baca cerita ni aku pun dah ingat ingat lupa). Suatu hari;

Seorang mat salleh yang curious bertanyakan apa yang diletak dikepala sekumpulan gadis tersebut dan kenapa. Gadis gadis pun dengan lemah lembut explained. Bagaimana mereka itu Muslim, beragama Islam, obligated untuk menutup aurat. Blah blah blah yang aku paling ingat dalam part cerita ni mat salleh sebelum berlalu pergi dia kata; I think people with head scarf is kinda sexy. The end. Cerita ni samar samar dalam ingatan. Tapi gist nya I believe tetap ada.

For some reasons aku setuju dengan statement last mat salleh tersebut. Sexiness of course taboo nak diborak melebih dalam komuniti Muslim. Lebih lebih lagi bila dikaitkan dengan mereka yang bertudung. Apetah lagi word sexy pun derive dari sex. Tahu kan masyarakat kita cepat melatah. Tak semena nanti timbul isu. Sexy sememangnya subjective baik dari kaca mata wanita, mahupun lelaki. Dan aku sendiri, ada definisi sendiri.

Berkait dengan cerita, ini cerita aku; cerita bila borak atau berinteraksi dengan wanita bertudung besar, labuhnya tiga inci or more dari dada (dalam batch aku pun ada). Pelik tapi benar bila borak dengan kawan kawan yang pakai tudung khemah, mesti ada nervous nervous sikit. Macam ada satu aura takut bila nak berhadapan dengan mereka, baik dalam diskusi akademik mahupun sosial. Kenapa ye? Bila pikir balik, sebenarnya aku tak rasa itu aura takut tapi itu aura hormat. Iyelah kalau cakap dengan dieorang mesti aku pun sipu sipu malu macam kucing hilang misai. Aku tengok mata dieorang dieorang tengok bawah, dieorang tengok mata aku aku tengok atas. Tapi baguslah. Aura seorang perempuan menjaga iman, jangkit sikit kat laki. And konklusinya aku tak pernah tengok mata dieorang. Hahaha. And by the way sebab aku obviously awkward without eye contact, of course tade keje aku nak pergi melawak, riang gembira bersosial dengan dieorang. Duh. But again this awkwardness presence when I have to talk to a woman with a full headscarf on is merely explainable. The indescribable 'nervousness' which maybe, is a byproduct of respect. And that is interesting about them.

Sebab sexy bagi aku itu sesuatu yang misteri. Sebab sexy bagi aku itu bukan yang ditunjuk tapi yang disimpan. Mungkin itu definisi sexy mat salleh dalam cite kat atas and aku sendiri. And of course aku mungkin lagi tertarik bila perempuan ada satu character yang misteri. Macam seorang perempuan yang memakai niqab, ko tak rasa misteri ke dieorang? Berjalan dalam kelompok dieorang tapi tade sape tahu, sape sebenar disebalik niqab tersebut. Mata je boleh tengok. Kalau jatuh cinta bila tengok mata? Cane tu? Haaaa kena kahwin, ayokkk. Tadelah macam tu. Adoiii. Yang penting kalau semua dah tertayang sebelum kahwin lagi dah, tak sexy la awak, hambar dah. Tak pelah sob* Aku je yang lebat nak yang misteri, aku tak pun misteri, ada ke orang nak? Sentapkan diri sendir. Kena setepek..

Kalau korang lah yang lelaki, nak ke perempuan yang orang senang senang boleh access? Sexiness yang luar luar dah boleh nampak, even sebelum kahwin? Aku cuba bayangkan yang tak perlu, bila aku berumah tangga. Haih tanak lah kita share bini kita (share la tu kalau kita luluskan gaya pemakaian isteri untuk tatapan umum). And aku kalau boleh aku je yang nak tengok bini aku, duduk depan die hari hari dengan gaya kiut, sambil letak tangan bawah dagu. And disini jugak aku tertiba emphaty dengan wanita. Semua tahu aku dibenarkan kahwin empat (hahaha), aku pun terpikir kalau aku jadik perempuan, hmmmm nak ke aku share orang aku sayang. Atau worst, kalau perempuan dibenarkan kahwin empat (amboi mengundang kontrovesi), aku ok ke tak dengan thought bahawa aku kena share kasih sayang. Jawab aku; no way! Kalau aku no way, semestinga aku percaya perempuan lagi no way. Paling penting walau aku lelaki dibenarkan kahwin empat, mampu ke bang oi nak berlaku adil, tak pasal nanti mengzalimi, semua isteri isteri boleh mengadu kat akhirat kelak. Hmmmm. Gerenti, aku tak mampu.

Panjang aku explain, tapi aku pun tak tahu orang paham ke tak. Topik ni memang critical dan hanya certain people je yang paham, atau aku sorang je yang paham. Haha. Aku lelaki, nak cakap lebat berkenaan dengan isu aurat wanita memang tak layak. Aku ilmu ciput and the best person untuk cakap berkenaan dengan masalah aurat wanita, ialah wanita itu sendiri, yang merasa. Bagi lah akak akak yang sempurna dalam menjaga auratnya menasihati. Maigodd, aku pun berperang nak tutup lulut bila berlari. Haha. Tak patut gelak. Ape daa tak lawak.

Okay, awak pakai tudung awak sexy, lagi awak tutup dan cover, lagi sexy. Ada saham dimata saya and paling penting saham awak menggunung di mata Pencipta. Hats off pada wanita wanita bertudung, baik tudung khemah ataupun tudung saji. Ehh. Till then..

19 comments:

Azilah J. said...

Even yang kurang labuh pun rasa macam tu dengan yang orang yang menutup lebih labuh. erk. i'm straight but yes, saya faham rasa tu. rasa macam bercakap dengan pahlawan perang, kot. heheh. segann

mAshi minHo♥ :] said...

yeap . thats true . impressive . :)
btw, teacher-to-be ?

Nurmujahidah Ismail said...

thank you,, hehe,, rasa happy lak dah,,

Syaza Latif. said...

i understand what are u trying to say and totally agreed with u.:)

Afina Sabri said...

I think you should read Cinta High Class by Fatimah Syarha and her husband Dr. Farhan Hadi.

Shazwani Ramly said...

wow. seronok baca yg ni. terbaik lah KE :) remind us, thank you.

Liana Sharif said...

Glad that there are guys who think like this. Thumbs up!

Kei said...

setuju!actually,sebab saya belajar sekolah agama,saya memang tak reti nak pandang mata lelaki kalau cakap.

L said...

hehe. lagi tutup lagi la kita suka tgk.. haha

Ros Anisza said...

its true kamal.. saya yang bertudung ni pun rasa perempuan yang memakai niqab itu sangat seksi. sexy on their way.. nampak mata ja.. kalau nampak mereka ni kat mana-mana, saya selalu pandang diorang.. subhanaAllah.. saya tak tahu kenapa.. tapi saya merasakan mata mereka tersangatlah cantik.. saya yang perempuan ni pun kadang2 teringin nak tengok wajah di sebalik niqab tu.. yang bertutup tu paling seksi.. itu pendapat saya :)

khairul_fatehah said...

entry yang awesome *senyum*
thumbs up,akhi ! :)

ishiko said...

modesty.. more comfort :)

teah said...

Thanks for sharing! Now that explains why sometimes I heard guys said they are afraid to approach certain type of girls... They are like the 'un-approachable' type. So basically it's just about respect 'aite :)

Huzniey Saad said...

Agree abang kamal! Orang cakap berhijab tu tak seksi. Tapi sebenarnya seksi tu subjektif. Lain orang, lainlah pandangannya.

Badrina Ibtisam said...

Betul2. Suka entri ni!!!!! (y)

Arisa Isaeda said...

betul tu...yg berniqab itu lebih cantik dan seksi...tp pandangan setiap org berbeza... =)

Arisa Isaeda said...

cantik n seksi 2 subjektif...tp mmg betul...wanita yg berniqab 2 kelihatan lebih seksi...kdg2 bile jumpe rasa teruja nak melihat mereka.. =)

blog-tips-kurus said...

yg bertutup kan lebih mahal... :)

merapu said...

nice entry, boleh baca sampai habis, kira macam paham jugak lah, bukan lelaki je rase cuak ngan gurl yang tudung labuh ni, tapi perempuan yang tak ttp macam dorang pun rase nervous plus insaf, tapi cuma sementara lepas tu buat balik, hee, I'm talking about my self actually, huhu